PROFIL SYARIKAT

 

Kumpulan HS Nada (HS Nada) adalah 100% hakmilik syarikat bumiputra dan telah beroperasi lebih daripada 30 tahun di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada 15 Mac 1987 oleh Tuan Haji Md Hassan bin Man.

 

Kumpulan HS Nada terdiri daripada:

  1. HS Nada Sdn Bhd
  2. HS Nada Marketing Sdn Bhd
  3. HS Nada Ternak Sdn Bhd
  4. HS Nada Catering & Services Sdn Bhd   

 

 

Kumpulan HS Nada sentiasa bergerak secara sepadu di dalam mengembangkan industri ternakan dan daging di Malaysia. Misi kami adalah menjadi sebahagian daripada pengerak utama industri ternakan dan daging yang berdaya maju serta mampu bersaing di semua peringkat di Malaysia dan antarabangsa.

 

Dengan 30 tahun pengalaman, HS Nada sememangnya pakar di dalam semua aktiviti dan pemprosesan lengkap dari penternakan, penyembelihan, penjualan serta pemasaran produk jenama HS Nada.

 



Struktur Organisasi

carta organisasi HS Nada


Lembaga Pengarah Kumpulan HS Nada

 

1) Allahyarham Encik Mohamad Nazri Md Hassan (Pengarah Urusan)
2) Encik Mohd Nazmi Md Hassan (Pengarah Operasi)
3) Puan Haslina Md Hassan (Pengarah Pentadbiran)
4) Puan Haslinda Md Hassan (Pengarah Operasi)


Lembaga HS Nada



Kelebihan Kumpulan HS Nada


  • Sijil HALAL untuk ternakan sembelihan HS Nada, yakni daging segar keluaran HS Nada sahaja
  • Sijil Pengesahan HALAL daripada Halal Industry Development Corporation (HDC)
  • Sijil HALAL untuk produk proses seperti bebola daging, daging segar dan sebagainya
  • Rumah sembelih mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Warga kerja yang efektif dan efisyen dalam mengeluarkan produk HS Nada yang berkualiti tinggi "Halal lagi Suci"
  • Dimiliki sepenuhnya bersama oleh empat orang Lembaga Pengarah dan telah didaftarkan sebagai 100% syarikat
    Bumiputra / Muslim
  • Operasi sepenuhnya bermula daripada penternakan lembu secara fidlot, penyembelihan, pengklasifikasikan, pemasaran dan pengedaran kepada pelanggan secara langsung tanpa penglibatan mana-mana pihak tengah

 



Pengiktirafan Kumpulan HS Nada


  • Pemenang Produk Pertanian 2006 - Kategori Meatball
  • Malaysia Livestock Industry Awards 2005 (Anugerah Industri Ternakan Malaysia 2005)
  • Winner Of Outstanding Ruminant Entrepreneurship
  • Selangor Red Gold Award 2004
  • Pemenang Produk Pertanian (Farming Products) 920060 - Kategori Daging

 



HS Nada Ternak HS Nada Marketing HS Nada Katering HS Nada Galeri Produk


Laman Utama | Profil Syarikat | HS Nada Ternak | HS Nada Marketing | HS Nada Catering & Services | Galeri | Hubungi Kami